Langkah-langkah Install Windows Vista
- Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
- Hidupkan
komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer
berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading
files…”
- Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
- Klik pada “Install Now”.
- Terma
dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan
syarat ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik
butang Next.
- Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.
- Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik pada butang Next.
- Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.
- Setelah
proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata
nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada
butang Next.
- Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.
- Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.
- Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat. Klik pada butang Next.
- Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.
Lihat juga cara install windows 7 DI SINI
No comments:
Post a Comment